15.12.09

Aku Pesimis Ke?

(okay gambar yang tidak relevan dengan tajuk cerita tapi tidak bagi aku)

Pertama kali aku usulkan cadangan untuk menukar sekolah iaitu dari sekolah kerajaan ke sekolah swasta, aku dihujani dengan jutaan soalan yang tidak akan memenuhi kehendak dan kriteria si penyanya kalau aku sediakan jawapannya pun. Melayan meladeni sendiri.

Kasta dan jenis sekolah yang telah di-enrol. Apa jadah perbezaannya, tak dapat aku jawab sendiri. Jangan ditanya sebab musabab aku memutuskan untuk menukar persekolahan pada pertengahan tahun genting secara drastik. Tidak menyalahkan mana-mana pihak. Mahu selamatkan semua pihak. Tidak mahu menyakiti sesiapa pun, certainly. Tetapi aku menjadi galang-gantinya. Surrogates, kononnya. Jadah apa entah.

Jangan jadi bodoh, okay. Kemalasan dan kejahilan kau membuatkan aku meluat melihat kau kakak-kakak dan abang-abang materialis. Telah aku cuba berkali-kali untuk menyedarkan kalian, tetapi kau pesimis terhadap aku. Entengnya pandangan kau lempar kepada aku. Sedih memang sedih. Mungkin kau harus disedarkan dengan dokumentari-dokumentari seperti Seven Deadly Sins di History Channel.

Melayu dan idea-idea ortodoks. Hari-hari denda pelajar yang tidur semasa proses Pembelajaran dan Pembelajaran (P&P). Tak berkesan lah bro.

Sedar tak sedar kau dah berjaya menghanyutkan diri kau sendiri ke arah yang tiada berketahuan tuju. Kau cikgu. Kau pengetua. Kau murid. Kau pekebun. Semua nya sama. Perlu kasta?

Dan kenapa orang melayu selalu beranggapan terup tanpa duit adalah judi? Ada beza dengan main Uno ke, bro?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan