25.8.09

Erase and Redo.

Dari tadi asyik tekan-tekan keyboard laptop Sophie, melancaukan segala yang terlancau dalam hati. Panjang bejela tak ingat. Kertas-kertas yang tercegat dalam bilik ni pun belum tentu dapat menandingi kepanjangan lancauan aku tadi. Belek dan tilik, rasa kurang masin lah. Tambah garam secubit. Rasa lagi. Em tak ada rasa manis la pulak. Okey takpe, gula pasir satu peket besar pun aku sanggup tuang. Si Teliti sampai, aku dan dia pun sama-sama belek atas bawah. Depan belakang. Kiri kanan. Dia dah bagi lampu hijau. Tengok di bahagian bawah skrin. Sudut kiri. Ada dua kotak sahaja lagi.


Cik Uncertainty, awak memang tak boleh berjauhan dengan saya kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan